Monday, January 12, 2009

text.stat



Percubaan memuat turun program text.stat dari teratakku nyata tidak kesampaian. Biasalah, dengan kadar capaian yang agak lemah kerana di luar liputan 3G mengajakku mencari alternatif lain. Sabtu dan Ahad merupakan hari wajib anakku yang akan menduduki UPSR tahun ini mengikuti kelas tuisyennya.
Seperti biasa, waktu senggang ketika menanti tamat kelas dipergunakan untuk memuat turun program. Capaian terus yang dibuat oleh Dr. Radiah nyata sekali membantu. Masa yang singkat sahaja diambil untuk memuat turun. Tidak sampai 15 minit. Tempat lain mungkin ada tetapi Masjid Kg. Jambu selalu menjadi pilihan sementara menunggu Amirul Syahmi habis kelas. Mujurlah bateri komputer bimbit mampu bertahan. Sempat jugalah mencari bahan untuk penyediaan korpus.
Semakin canggih teknik belajar kini. Terima kasih Dr. Radiah.

1 comment:

  1. sempat lagi berposing...ini buat kerja ke? atau berposing?

    ReplyDelete